KUALA LUMPUR — Portal pendedahan korporat The Corporate Secret kini berdepan ancaman tindakan undang-undang selepas menerima surat tuntutan rasmi daripada firma guaman Phang Tham Teoh & Co yang bertindak bagi pihak Chin Hin Group Berhad, susulan penerbitan artikel yang kononnya didakwa mengandungi kenyataan fitnah.
Menurut surat bertarikh 16 Disember 2025, Chin Hin Group mendakwa sebuah artikel yang diterbitkan pada 11 Disember 2025 di laman web the-corporates-secrets.com telah mengaitkan syarikat itu dengan skandal skim Ponzi MBI, termasuk dakwaan penglibatan dalam pengubahan wang haram dan pelupusan aset kononnya bagi mengelak siasatan pihak berkuasa
Artikel berkenaan — bertajuk “Chin Hin Group lupus pegangan dalam Signature International ketika syarikat disiasat terkait skandal MBI” — didakwa memberi gambaran bahawa Chin Hin Group dan Pengerusi Eksekutifnya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti jenayah, termasuk bertindak sebagai proksi kepada individu di sebalik skim MBI.
Dakwaan “defensive restructuring” dan pelupusan aset dipertikai
Dalam surat tuntutan tersebut, Chin Hin Group menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pelupusan saham dalam Signature International Bhd, Metex Steel Sdn Bhd, serta beberapa pelupusan aset lain sepanjang tahun 2025 adalah berkait dengan tekanan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung skim MBI.

Firma guaman itu menyifatkan naratif berkenaan sebagai tidak berasas, palsu dan bersifat berniat jahat, serta membawa maksud tersirat bahawa Chin Hin Group menjalankan penstrukturan defensif bagi melindungi kepentingan tertentu di bawah tekanan siasatan — satu dakwaan yang dinafikan sepenuhnya oleh klien mereka
Laporan polis dibuat, tuntutan 24 jam dikeluarkan
Chin Hin Group mengesahkan bahawa laporan polis telah difailkan pada 16 Disember 2025 terhadap pengendali portal tersebut. Dalam masa yang sama, The Corporate Secret diberi tempoh 24 jam untuk mematuhi lima tuntutan utama, termasuk:
- Menurunkan artikel yang dipertikaikan;
- Menghentikan serta-merta penerbitan sebarang kenyataan yang didakwa memfitnah;
- Mengeluarkan permohonan maaf dan penarikan balik secara bertulis tanpa syarat;
- Menerbitkan permohonan maaf tersebut di laman web portal berkenaan; dan
- Membayar RM10 juta sebagai pampasan atas kerosakan reputasi dan tekanan yang didakwa dialami syarikat
.
Tindakan mahkamah bakal menyusul
Surat itu turut memberi amaran bahawa kegagalan mematuhi tuntutan tersebut akan dianggap sebagai keengganan mempertikaikan dakwaan Chin Hin Group, sekali gus membuka laluan kepada tindakan undang-undang penuh tanpa notis lanjut.
Kes ini dijangka menarik perhatian luas kerana ia melibatkan isu kebebasan media, pendedahan awam, dan sempadan laporan penyiasatan korporat, khususnya dalam konteks kes MBI yang masih menjadi perhatian penguat kuasa dan orang ramai.
Mei lalu Chin Hin Group mengemukakan surat tuntutan menggunakan firma guaman Firoz Julian, bagi pihak Chin Hin. Kini firma guaman Phang Tham Teo & Co
Semakan The Corporate Secret terhadap artikel itu hanya melaporkan tentang pelupusan syarikat Chin Hin Group- Signature International ketika syarikat disiasat terkait skandal MBI sebelum ini malah rakan niaganya Datuk Keh Chuan Seng turut ditahan reman kes MBI itu.
Apakah fitnah Chin Hin Group disiasat dalam skandal MBI? Semua itu fakta dan tidak semestinya Chin Hin Group yang disiasat terbukti bersalah.
Nota: Phang Tham Teo & Co dah dapat claim buat kerja
