Ketika rakyat masih tertanya-tanya bagaimana sebuah syarikat penerbangan baharu boleh runtuh hanya dalam masa kurang setahun, satu nama kembali timbul — Chester Voo Chee Soon, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), kini menyertai Parti Warisan Sabah. Ramai lupa bagaimana kisah MYAirline runtuh namun nama Chester Voo Chee Soon muncul semula.

Sebelum ini tiada siapa mendedahkan penglibatan seorang pegawai berasal dari Sabah yang mengetuai CAAM dalang disebalik meluluskan lesen penerbangan MYAirline. Kisah yang lebih lebih menonjol ialah pada Oktober 2023 kecoh pemegang saham terbesar MYAirlline Datuk Allan Goh Hwan, isterinya Datin Neow Ean dan anak lelakinya Sean Goh Tze Han yang terlibat pengubahan wang haram I-Serve Online Mall Sdn Bhd direman polis.

Semuanya terbongkar rupanya Datuk Allan Goh Hwan kaki ‘scammer’ pernah dikenakan denda Bank Negara Malaysia (BNM) penalti monetari pentadbiran berjumlah lebih RM50 juta terhadap syarikatnya I-Serve Online Mall Sdn Bhd dan lagi kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
AOC MYAirline Lulus Ketika Chester Masih CEO CAAM

Faktanya:
- Chester Voo mengetuai CAAM dari Jun 2020 hingga 31 Disember 2022.
- MYAirline memperoleh Air Operator Certificate (AOC) yang sah bermula 1 Oktober 2022 hingga 30 September 2023.
- Ini bermakna lesen operasi pertama MYAirline diluluskan dalam tempoh Voo masih menerajui CAAM.
Chester sebagai CEO CAAM pasti lebih tahu kelayakan kelulusan Air Operator Certificate (AOC). Bagaimana sebuah syarikat yang dikaitkan dengan isu kewangan serius boleh melepasi radar CAAM?
Persoalan besar bagaimana Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) melakukan audit keselamatan terperinci untuk menilai keupayaan dan kecekapan MYAirline? tiadakah semakan jenayah kepada pemilik syarikat dan pemegang saham sehingga tidak tahu Dato’ Allan Goh dan isterinya terlibat jenayah pengubahan wang haram?
Bagaimana ketika CAAM meluluskan Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) tidak menemukan masalah kewangan syarikat itu? Adakah CAAM menjalankan due diligence sewaktu lesen diluluskan?
Melainkan Chester Voo kawtim?
Plot Twist 2025 — Chester Sertai Warisan
Tiba-tiba, Chester Voo muncul dalam arena politik Sabah, dikatakan menyertai Parti Warisan kerana mahu “menyumbang kepada pembangunan negeri”.
Namun skeptikal tetap muncul:
- Adakah ini percubaan “pembersihan imej”?
- Atau naratif baharu dalam kempen PRN Sabah?
- Adakah Warisan meneliti sejarah penyeliaan beliau ketika di CAAM?
- Apakah beliau hanya mahu menjadi hero profesional cina menyertai Warisan?
Jika isu lesen MYAirline kembali dibuka, nama Chester tidak lagi boleh dielakkan. Berapa agaknya Datuk Allan Goh Hwan bayar kepada Chester untuk meluluskan Air Operator Certificate (AOC)?
Isu MYAirline bukan isu kecil ia memalukan dunia korporat apabila Datuk Allan Goh Hwan yang terlibat pengubahan haram diberi lesen penerbangan! Ia mencerminkan kelemahan pengawas industri yang sepatutnya melindungi pengguna, pekerja, ekonomi dan reputasi negara.
Malaysia tidak boleh membiarkan perkara ini disapu ke bawah karpet hanya kerana protagonisnya kini memakai warna politik baharu.
Hari ini bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) operasi penerbangan AirAsia Aviation Group Ltd, Datuk Kapten Chester Voo sudah diumumkan menyertai Warisan. Apakah misi dan gula-gula yang dijanjikan oleh Shafie Apdal kepadanya? atau sekadar gula-gula kepada masyarakat cina di Sabah.

Chester Voo kata bersih? dia sendiri terlibat dengan skandal luluskan lesen penerbangan MYAirline kepada syarikat milik Datuk Allan Goh Hwan. Polis sepatutnya siasat penglibatan Chester Voo.
