
Sejak awal tahun 2023, The Corporate Secret telah membuka pekung paling gelap dalam dunia korporat Malaysia — bagaimana seorang individu bernama Victor Chin Boon Long, yang digelar sebagai “Mafia Korporat”, merampas sebuah syarikat penerbangan korporat Kargo Xpress M Jets International Sdn Bhd daripada pengasas asalnya, Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming.
Apa yang berlaku bukan sekadar pengambilalihan perniagaan. Ia adalah rampasan syarikat menggunakan taktik penguatkuasaan — daripada SPRM ke SC dan SSM — yang kini menyaksikan mangsa diheret ke mahkamah, sementara Victor Chin dalang sebenar terus bebas dan berkuasa.
Bergelut dengan siasatan SPRM dan akhirnya didakwa di mahkamah pada Mei 2024 atas pertuduhan penyalahgunaan harta secara tidak jujur dengan tujuh pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama (kesalahan bersama).
Rampasan syarikat: Februari 2023 — Victor Chin Boon Long perguna Pegawai SPRM sebagai Senjata
Pada 28 Februari 2023, The Corporate Secret mendedahkan bagaimana MMAG Holdings Berhad, di belakangnya Victor Chin, bertindak menggantung dua pengarah M Jets — Gunasaker dan Philip Phang — sejurus selepas M Jets diserbu SPRM. Akaun syarikat dibekukan, operasi lumpuh. Belum ada sebarang sabitan ketika itu, namun pengasas syarikat sendiri disingkirkan dari syarikat mereka.
Victor Chin menggunakan siasatan SPRM ini untuk menyingkirkan mereka sebagai Lembaga Pengarah Syarikat Mjet pada 21 Feb 2023 dengan menggantikan tiga muka baru iaitu Shanmugananthan Ratnam, Saysu Michael dan Anton Alex Schubert.

Inilah taktik pertama Victor Chin:
🔴 Gunakan nama SPRM untuk mencipta persepsi bersalah
🔴 Singkirkan pengasas, kuasai syarikat
🔴 Ambil alih aset tanpa perlawanan
April 2023 — Gaji Pekerja Tidak Dibayar, Dalangnya Masih Berkuasa
Pada 7 April 2023, selepas penguasaan Victor Chin melalui MMAG, muncul satu lagi pendedahan: pekerja M Jets tidak menerima gaji untuk bulan Mac. Victor Chin sengaja mencipta tekanan agar pekerja MJets berhenti. Hutang-hutang sebelum ini dilihat sebagai hutang Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming.
Syarikat yang kononnya “diselamatkan” atau diambil alih mula mengalami kehancuran dalaman sebagai satu sabotaj sebelum syarikat distruktur semula.
Jun 2023 — MMAG dan M Jets Rugi Berjuta: Dari Mana Victor Dapat Tunai?
Pada 14 Jun 2023, laporan menunjukkan M Jets dan MMAG mengalami kerugian berjuta setiap bulan. Walau rugi Victor Chin ada agenda lain mempertahankan M Jets selaku pengendali Kargo Xpress. Victor Chin Boon Long sanggup membelanjakan wang walau rugi untuk MJets. Mengapa? sebab dia tahu sebagaimana pendedahan ‘Bongkar Kastam’ syarikat-syarikat Victor Chin menggunakan kargo miliknya untuk menyeludup barang.
Di sinilah timbul persoalan pengaliran wang mencurigakan. Sumber kewangan Victor tidak pernah disiasat. Tiada laporan Suruhanjaya Sekuriti. Tiada audit forensik. Victor Chin dan isterinya memanipulasi semua syarikatnya.
Julai 2023 — Saman RM49.85 Juta, Perang Undang-Undang Bermula
Pada 14 Julai 2023, Victor Chin serta MMAG Holdings disaman RM49.85 juta oleh Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming. Ia satu tindakan balas dari bekas pemilik syarikat terhadap Victor Chin Boon Long.
Namun peliknya, setiap tindakan undang-undang terhadap Victor — senyap, tergantung, hilang. Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming tidak mempunyai ‘kabel’ besar untuk melumpuhkan Victor Chin

September 2023 — Manimaran Subramaniam Pengarah Perkhidmatan Darat M Jets dipecat
Pada 12 September 2023, The Corporate Secret mendedahkan insiden kasar apabila Victor Chin mengarahkan satu lagi pemecatan dalaman terhadap Manimaran Subramaniam Pengarah Perkhidmatan Darat M Jets. Manimaran dilihat sentiasa menentang Victor Chin. Maka beliau dipecat dengan ayat “I don’t want to see his face anymore.”
Ini bukan lagi isu perniagaan. Ini ego seorang penguasa yang tahu dirinya kebal — kebal daripada undang-undang, kebal daripada integriti, kebal kerana dilindungi.
November 2023 — Tuduhan Cuci Duit Melalui M Jets & Kargo Xpress
Pada 10 November 2023, pendedahan terbesar dibuat: Victor Chin didakwa menggunakan M Jets dan Kargo Xpress untuk aktiviti pengubahan wang haram (money laundering).
Pihak berkuasa CAAM wajar menyiasat jika tidak akan berlaku satu lagi tragedi syarikat penerbangan lingkup seperti MYAirline syarikat ‘cuci wang’ yang kontroversi. Terdapat banyak keraguan termasuk penjualan 10% kepentingan ekuiti dalam MJETS kepada SpaceCode Sdn Bhd syarikat tidak berpengalaman tanpa kebenaran MAVCOM dan CAAM ketika itu.
Namun tiada tindakan, siasatan, pengumuman rasmi status MAVCOM dan CAAM sekalipun MAVCOM dan CAAM telah digabungkan sejak 1 Ogos 2025. Tan Sri Khairul Adib bekas KSU MOT dan Pengerusi CAAM sebagai Pengerusi MMAG Holdings Berhad menjadi pelindung kepada MMAG Holdings Bhd dan MJets.
Oktober 2025 — Gunaseker Mariappan dan Philip Phang Kin Ming jadi mangsa didakwa, Victor Terus Bebas
Dan inilah detik paling ironik dalam sejarah korporat Malaysia. Pada 16 Oktober 2025, dua bekas pengarah dan bekas pemilik M Jets — Gunaseker Mariappan dan Philip Phang Kin Ming — dihadapkan ke mahkamah oleh SSM, dituduh meluluskan kenaikan gaji tanpa kelulusan AGM. Kesalahan mereka setiap inci dicari selepas MJets di ambil alih MMAG Holdings. Adalah normal bagi bekas pemilik melawan Mafia Korporat Victor Chin yang merampas syarikat mereka atas nama pelaburan.

Sekali lagi selepas pendakwaan SPRM, mereka mengaku tidak bersalah. Mereka bukan penjenayah. Mereka adalah mangsa rampasan syarikat.
Jadi penangkapan Francis Leong See Wui dan isteri Victor Chin Boon Long kerana pelbaga salahlaku baru ini oleh pihak PDRM Adalah sangat tepat. Mereka yang teraniaya past terbela
Persoalan Besar: Mengapa Victor Chin Tidak Dituduh?
Kenapa SSM begitu pantas mendakwa Gunasaker & Philip atas isu gaji, tetapi tidak pernah mendakwa Victor yang
- Gantung pengarah berdasarkan serbuan SPRM yang meragukan
- Didakwa cuci duit melalui M Jets & Kargo Xpress
- Disaman RM49 juta atas kecuaian korporat
- Menyingkir pengasas melalui manipulasi institusi
- Manipulasi Saham syarikat
Dan banyak lagi kesalahan lain berkaitan Suruhanjaya Sekuriti dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang didedahkan dalam The Corporate Secret
Ada penguatkuasa yang melindungi Victor Chin Boon Long namun kali pasti sukar selepas tangkapan orang-orang kanannya.
Rampasan M Jets bukan lagi kisah korporat. Ia adalah cermin kepada sistem penguatkuasaan negara — bagaimana kuasa boleh dibeli, undang-undang boleh ditundukkan.
Tangkapan Victor Chin Boon Long akan melegakan dunia korporat Malaysia. Pemanipulasi dan ‘scammer’ akan kalah jua.