
Skim penipuan pelaburan MBI International Group (MBI) terus terbongkar apabila enam individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri dan dua bergelar Datuk ditahan menerusi operasi khas Op Northern Star, dengan jumlah harta disita dan dibekukan bernilai RM97.69 juta.
Tangkapan terkini hasil operasi antara 26 Julai hingga 15 Ogos lalu itu menambah senarai panjang taikun korporat yang kini dalam radar siasatan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.
Taikun Korporat Terseret
Sumber sahih mendedahkan bahawa antara mereka yang ditahan ialah Dato’ Lee Foo San, bekas Pengerusi Eksekutif & CEO Watta Holdings Bhd, serta Goh Choon Lye, tokoh besar ACME Holdings Bhd yang juga pemilik tidak langsung hampir 10% saham menerusi WWT Wellness Solutions.
Kedua-dua nama ini menyusul selepas penahanan besar pada 16 Ogos lalu yang melibatkan Dato’ Sri Lee Hock Seng, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Magma Group Bhd, dan Dato’ Low Eng Hock, CEO Ivory Properties Group Bhd.
Kesemua mereka dipercayai mempunyai hubungan perniagaan langsung dan tidak langsung dengan skim MBI yang selama ini beroperasi menggunakan pelbagai proksi dan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.
Rampasan Aset Bernilai Tinggi
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata AMLA menyita:
- 88 akaun bank bernilai RM10.53 juta
- 398 juta unit saham dianggarkan RM86.85 juta
- Tunai RM300,600
- 7 kenderaan mewah, 5 jam tangan mewah, 2 beg tangan berjenama, 6 telefon bimbit, serta dokumen berkaitan

Selain itu, AMLA turut membekukan sebuah syarikat pemaju hartanah yang terbabit dalam aktiviti berkaitan, menjadikan 9 syarikat telah disita setakat ini – merangkumi hartanah, perladangan kelapa sawit, getah, durian, serta perhotelan.
Skala Sitaan Cecah RM6.64 Bilion
Sejak Op Northern Star digerakkan pada Mac lalu, jumlah keseluruhan aset dibekukan dan disita kini mencecah RM6.65 bilion, termasuk kebun durian seluas 7,981 hektar di Balik Pulau, Kulim dan Gua Musang.
Mohd Khalid menegaskan AMLA komited untuk menyiasat semua pihak terbabit dalam memindahkan, menyimpan atau menggunakan dana haram hasil skim MBI – sama ada secara langsung atau sebagai proksi.
Tangkapan Terdahulu
Pada 30 Mei lalu, AMLA menahan 17 individu termasuk seorang bergelar Tan Sri dan Datuk Seri, proksi utama MBI. Mereka ialah Tan Sri Datuk Seri Tan Kean Soon, Tan Sri Dato’ Dr Khor Eng Chuen dan Tan Sri Datuk Alex Ooi . Semuanya kerana buku mulut Tan Sri Datuk Alex Ooi yang menyebabkan lebih ramai tokoh korporat Pulau Pinang ditangkap.

Namun yang paling misteri ialah kedudukan Datuk Seri Chiau Beng Teik pembayar RM10 Juta kepada Tan Sri Kean Soon tidak ditahan. Bukankah beliau terlibat? Apakah beliau dirunding menjadi saksi kes?

Begitu juga hubungan Datuk Seri Chiau Beng Teik dan Datuk Keh Chuan Seng Pengerusi Ge-Shen Corporation Bhd beberapa syarikat Tex Cycle Technology (M) Bhd yang kini dijual kepada keluarga Datuk Seri Chiau Beng Teik.
Dengan perkembangan terbaharu, jelas bahawa Op Northern Star kini memasuki fasa paling kritikal, mengheret bukan sahaja operator lapangan tetapi juga taikun korporat berprofil tinggi yang didakwa menjadi nadi skim penipuan pelaburan ini.