
Penemuan wang lebih RM170 juta di kediaman Dato’ Mohammad Anuar Bin Mohd Yunus bekas Setiausaha Politik PM9 Ismail Sabri masih misteri dan masih dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki seramai lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM bagi siasatan membabitkan penahanan empat pegawai bekas Perdana Menteri ke-9, minggu lalu.
Kesemua saksi tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat seawal minggu ini.
“Seramai lapan saksi akan dipanggil bermula minggu ini dan minggu hadapan.
“Selain itu, Bahagian Pencegahan Wang Haram (AMLA) sedang meneliti dokumen-dokumen dirampas,” katanya
Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Ditanya sama ada kemungkinan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaaakob atau individu kenamaan akan dipanggil untuk dirakam percakapan, beliau enggan mengulas lanjut.
“Siasatan masih berjalan dan setakat hari ini, saya (SPRM) tidak dapat jangka bila siasatan akan dapat dilengkapkan,” katanya.
Selasa lalu, tiga pegawai yang mempunyai kaitan dengan Ismail Sabri dibebaskan dengan jaminan manakala seorang lagi pada 23 Februari lalu.
Sebelum ini dua bekas SUPOL Ismail Sabri Dato’ Mohammad Anuar Mohd Yunus dan Dato’ Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad direman SPRM bersama Mohd Hafizuddin Mohd Ariff. CEO Yayasan Keluarga Malaysia dan Wan Hazirah Binti Wan Draman @Wan Razali (Pegawai Khas) .

Penahanan mereka dilakukan SPRM mengikut Seksyen 16a Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Apakah Dato’ Nazimah Hashim bekas Ketua Setiausaha Sulit PM9 yang mengumpul dana pilihanraya selain Dato’ Mohammad Anuar Mohd Yunus juga bakal dipanggil SPRM? Begitu juga suaminya Datuk Suhaimi Nasir MP Libaran dikatakan pemegang dana terbesar PRU sebelum ini.
